Selasa, 01 Februari 2011

Rita menafikan yang mereka telah berdamai,Aidil buat cerita

Aduh pening dengan keegoan Rita Rudaini nie.

Nampaknya kali ini sekali lagi Rita tampil ke media dengan membawa cerita bercanggah dengan cerita dari suaminya Aidil.

Kalau sebelum nie kita diberitakan berita gembira bahawa Rita dan Mertuanya sudah berbaik dengan penuh deraian air mata.

Tapi padahal menurut Rita dia menangis bukan sebab dia mintak maaf,bahkan dia tidak berbuat salah apa.Dia menangis masa mengadu pada mertuanya sebab dahla sarat mengandung,hanya dia yang menjaga anak sakit di Hospital Prince Court.Setelah memaksa barulah Aidil datang ke hospital dengan mertuanya.

Rita pun menafikan yang Aidil menarik balik proses Sulh dan hak tuntutan anak.menurut Rita proses itu masih berlangsung dan menurut peguam Aidil tiada pu ura-ura nak menarik balik tuntutan tersebut.

Nampaknya rumahtangga Rita dan Aidil masih bergolak.Rita cakap lagi,dia memaafkan mertuanya kerana hormatkan org tua,tapi yang lain-lain dia takkan maafkan..

huhuhu..dasyat jugak nie.

jom ikuti luahan hati Rita Rudaini

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ