Jumat, 18 Februari 2011

Remy Ishak cedera kerana ditendang

Gambar kenangan Remy dengan ummi Nazeera yang mempunyai "Ending" yang kontroversi
Kesian Remy,terbaru Remy tekah ditendang sehingga menyebabkan dia tidak boleh bangun dan mengalami lebam di rusuknya.

Nak kata nie pertama kali Remy kena belasah ,tidak,sensasi rasa pasti semua masih ingat lagi kisah kecoh Remy dipukul sekumpulah lelaki,iaitu abang Ummi nazeera dan bodyguard.

Cuma bezanya kali nie Remy ditendang kerana tuntutan kerja... :P

“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!'

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ