Senin, 28 Februari 2011

Raja Azmi dan Roslin Hasyim tonton teater "Terima Kasih Cinta" berdua

Teater Musikal Terima Kasih Cinta merupakan teater yang diadaptasi dari filem "Cinta" arahan Khabir Bhatia.

Baru-baru ini,wartawan hiburan yang pergi menonton Teater ini telah ternampak kelibat seseorang yang dikenali iaitu Raja Azmi.

Apa yang menarik Raja Azmi datang menyaksikan Teater tersebut dengan seseorang yang pernah digossipkan dengannya iaitu Roslin Hasyim dengan kontroversi Bilik hotel diserbu isteri Roslin.

Nampaknya Raja Azmi sudah pulih dari trauma dan keluar berdua dengan Roslin.Kemesraan Raja Azmi dan Roslin nie memang dah lama.

Pergi mana-mana slalu berdua.Tapi Raja Azmi dan Roslin kelihatan mesra seperti rakan karib semasa di Teater tersebut.Gambar diatas adalah gambar lama Rajaa azmi pergi ke gelanggang Raja Lawak dengan Roslin.

Bagi yang berminat untuk menonton Teater Musikal Terima Kasih Cinta

TKC telah pun dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari hingga 6 Mac 2011 ini boleh dikatakan sebagai pementasan broadway tempatan yang menyajikan 21 buah lagu lama yang membangkitkan kenangan cinta. Muzikal TKC masih mengekalkan jalan cerita yang sama iaitu menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkait antara satu sama lain mendapat sentuhan dari pengarah dan koreografer yang tidak asing lagi iaitu Pat Ibrahim. Pat Ibrahim sememangnya terkenal dengan hasil kerjanya dalam pementasan 'Puteri Gunung Ledang', 'P.Ramlee The Musical', 'Cuci The Musical' dan 'Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza'.

Antara pelakon yang membintangi muzikal ini ialah Latif Ibrahim, Safura, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Diddy Hirdy.


Tiket berharga Rm30-Rm250 seorang.
Barisan pelakon yang membintangi pementasan "Terima Kasih Cinta"
Nadia Aqilah sebagai Arianna & Vince sebagai Taufiq
Cinta Suci antara Arianna & Taufiq
Cinta luar biasa. Saat yang menyatukan cinta diantara Rubiah (Safura) & Elyas (Latif Ibrahim)
Rubiah saat meluahkan kata hatinya adakah pencarian cintanya sudah berakhir
Saat Taufiq meluahkan rasa hatinya kerana takut kehilangan Arianna
Latif Ibrahim
Cinta tanpa batasan. Pergolakan rumah tangga Harris (Tony Eusoff) & Airin (Norish Karman) yang dibina atas dasar cinta akhir sampai penghujungnya
Set pementasan Terima Kasih Cinta yang hampir sama seperti teater antarabangsa, West Side Story

Anding memegang watak sebagai Dani
Cinta abadi diantara kakak (Dyan/Deja Moss) dan adik (Dani/Anding)
Cinta yang tidak disangka antara Azlan (Shajiry) & Azura (Farahdhiya)

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ