Rabu, 09 Februari 2011

Ifa Raziah sembur kata kesat terhadap Safura,dan marahkan peminat di twitter,dan kisah disebaliknya



Ifa Raziah yang juga merupakan kawan baik Azwan Ali dan juga pernah bergaduh dengan Azwan Ali kini mencetuskan lagi kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Safura melalui Twitter nya.

Ifa memang sebelum nie terkenal dengan mulut laser dan berani mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.

Yang membuatkan Ifa panas hati apabila baru-baru nie Safura dalam Melodi ahad lepas dan seolah-olah kemelut antara Ifa dan Safura telah selesai.namun pada pendapat Ifa belum selesai lagi sekaligus cuba menghebahkan perkara yg keruh itu kepada org ramai.huhu

“Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.

“Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?” soal Ifa.

Jelas Ifa, Isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.







Ifa turut memarahi beberapa org yang menegurnya di twitter.Klik utk besarkan gambar


“Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,”

Kisah Saman Safura terhadap Ifa
Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ