Jumat, 18 Februari 2011

Sam kecoh dikatakan keluar Bunkface tubuh kumpulan baru The Azender

Bunkface


Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan tersebut dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders.

Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor.

Justeru itu, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.

"Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, Bunkface tidak menghasilkan sebarang lagu baru dan hanya memberi fokus kepada perniagaan syarikat mereka, Bunkface Production di mana mereka sedang dalam proses membuka sebuah studio rakaman baru serta mengeluarkan barangan cenderahati kumpulan itu.

Difahamkan ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot.


Memang dah beberapa kali dah Sensasi dengar perkhabaran yang Sam Bunkface nie akan keluar dari kumpulan tersebut,tapi apabila ditanya Sam ckp memang betul dia ada kumpulan baru The Azender,dan jugak memang Sam ada masalah dengan Bunkface tapi dia masih bersama Bunkface,jadi cerita dia keluar bunkface tue hanya khabar angin.


"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.

"Ahli-ahli kumpulan baru saya terdiri daripada Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (keyboard) juga mempunyai kumpulan mereka masing-masing.

"Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita," katanya.




Kumpulan baru Sam "The Azender" bakal membawa music baru yang berbeza


Tapi okey apa lagu Bunkface skrg nie kan,menarik dan keremajaan je..tak tahulah mcm mana pulak lagu The Azender.kita tunggu~

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ