Senin, 14 Februari 2011

Nasha Aziz Dirompak di dalam kereta kerugian RM40,000


Beberapa hari lepas ,Nasha Aziz telah mengeluarkan sejumlah wang dan telah diragut oleh perompak yang memecahkan tingkap kereta Nasha Aziz..aduh...mesti Nasha masih trauma.


Maklumlah dalam handbag mesti ada mcm2 brg berharga,handphone,dokumen penting,kad2..


Sensasi sendiri pernah mengalami situasi mcm nie 2 kali,pertama bila laptop dicuri,kecua bila sensasi dalam kereta dan dua lelaki naik motor memecahkan tingkap kereta sensasi dan ambik handbag..huhu..masa tue ada dua beg,jd si pencuri durjana terambik beg yang takda barang berharga..lagi satu beg tue mmg penuh brg berharaga..dia terambik yg lg satu..


walaupun tak mengalami kerugian besar tp sensasi trauma beberapa hari bila nampak motorsikal lalu tepi kereta..hampeh betul..nasib baik mata sensasi tak masuk kaca.


Sensasi rasa skrg kereta perempuan untuk mengelakkan dri menjadi mangsa perompak gunalah window tinted yg tak boleh pecahkan cermin..tak silap sensasi seribu lebih je harga dia..org pecah guna batang besi atau helmet pun kaca takleh pecah jugak..




Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.


Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.


Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.


"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut."Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ