Kamis, 07 Juli 2011

Filem Box Office ditayangkan secara percuma sepanjang Julai 2011 oleh FINAS

Bersempena dengan Festival Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini, FINAS akan mengadakan program tayangan filem untuk rakyat secara percuma. Satu majlis pelancaran bagi program ini akan diadakan pada 8 Julai 2011 (Jumaat), 7.45 malam dan bertempat di Dataran Karyawan Finas,Jalan Hulu Kelang.

Selain dapat menonton filem "KL Gangster",anda juga boleh beramah mesra dan mengambil gambar bersama artis pujaan anda seperti Ady Putra, Adam Corrie, Daly (ahli fiqir), Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Yana Samsudin dan Usop Wilcha.

Jadi apa tunggu lagi, luangkan masa anda bersama keluarga, kekasih dan kawan untuk hadir ke tayangan filem "KL Gangster" bersempena dengan Festival Kuala Lumpur.
Selain tayangan filem "KL Gangster", FINAS juga menayangkan beberapa buah filem sempena Festival Kuala Lumpur 2011 seperti "Nur Kasih The Movie", "Khurafat", "Cun", "Karak", "Hantu Kak Limah Balik Rumah", "Kongsi" & "Hikayat Merong Mahawangsa" dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis untuk temui bintang pujaan anda di sana. Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Promosi di talian 03-41041349/1350.

Sila rujuk pada jadual di bawah berkenaan tarikh tayangan filem:

9hb Julai 2011
Nur Kasih The Movie - Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS - 12.00 tgh
Hikayat Merong Mahawangsa - Dataran Karyawan, FINAS - 8.00 mlm

16hb Julai 2011
Karak - Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman - 12.00 tgh
Khurafat - Dataran Karyawan, FINAS - 8.00 mlm

23hb Julai 2011
Cun - Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman - 12.00 tgh
Hantu Kak Limah Balik Rumah - Dataran Karyawan, FINAS - 8.00 mlm

30hb Julai 2011
Kongsi - Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman - 12.00 tgh

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ