Rabu, 27 Juli 2011

Video Kontroversi Lindsay Lohan

Kontroversi yang menyelubungi aktres Lindsay Lohan masih belum berakhir dengan terbongkarnya pita pengawasan yang membabitkannya.

Namun begitu pita pengawasan yang dimaksudkan adalah pembongkaran gambar Lindsay Lohan mencuri rantai dari pemilik kedai barang kemas Geoff dan Sofia Kaman.

Pemilik kedai barang kemas di mana Lohan didapati mencuri kalung tersebut, sedang berperang dengan seorang lelaki yang cuba menjaja pita pengawasan.

Lohan Stealing

Sumber dalaman Hollywood mengesahkan tuntutan mahkamah pasti akan berlaku di antara Geoff, Sofia Kaman dan Christopher Spencer, lelaki yang memegang pita pengawasan bukti kecurian dilakukan oleh Lohan.

Geoff dan Sofia Kaman, pemilik kedai barang kemas Kamofie & Company, telah mengupah broker Christopher Spencer, untuk membeli pita pengawasan tertsebut.

Walaubagaimanapun Spencer telah mencapai perjanjian dengan Associated Press (AP), dan bersetuju untuk menjual pita rompakan kalung Lindsay Lohan tersebut kepada media.

0 komentar:

Poskan Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ