Selasa, 19 Juli 2011

Jennifer Lopez bercerai dengan Marc Anthony kerana orang ketiga

Gambar kenangan semasaa J.Lo mengandung anak kembar

Terkejut jugak Sensasi dengar cerita perpisahan /perceraian J.Lo dengan Marc Anthony.Bukan apa mereka kan pasangan yang loving dan sentiaa mesra di majlis2...Ditambah pula selepas kelahiran anak kembar mereka.

Menurut lawan web gosssip hollywood, sumber rapat dengan penyanyi cantik yang terkenal dengan panggilan JLo berkata, JLo dipercayai sudah jatuh cinta dan mabuk asmara dengan seorang pelakon William Levy. Levy merupakan pelakon gandingan dalam klip video lagu terbaru JLo "I'm Into You". Sumber juga melaporkan bahawa JLo dan William kelihantan intim sepanjang menjalani penggambaran klip video tersebut yang dilakukan di sebuah kawasan peranginan.

Mereka kelihatan sangat sepadan sebagai pasangan bercinta. William yang memiliki tubuh badan yang sasa jauh berbeza berbanding Marc Anthony yang kurus kering dan cengkung. Tidak hairan sekiranya punca JLo meninggalkan Marc Anthony dan beralih arah kepada William.

Walaubagaimanapun, itu bukanlah punca utama perpisahan mereka. Antara sebab lain pepisahan mereka ialah di khabarkan jadual kerja JLo yang sangat padat menyebabkan mereka tidak banyak menghabiskan masa bersama dan Marc Anthony yang telalu mengawal JLo membuatkan mereka berpisah.

Ada beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa Marc Anthony naik marah kerana JLo lebih mendahulukan kerjayanya daripada keluarga mereka.

Jennifer dan Marc mengumumkan penceraian mereka akhir minggu lalu, setelah menikah selama 7 tahun dan dikurniakan dua anak kembar Max dan Emme yang berusia 3 tahun. Sebelum ini, JLo pernah mengalami penceraian sebanyak dua kali dengan Ojani Noa, seorang pengusaha restoran, dan Cris Judd, seorang penari latar.
William Levy yang dikatakan salah satu punca perpisahan JLo & Marc Anthony

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ