Senin, 11 Juli 2011

Gambar Selebriti Hollywood dan handbag mereka

Perempuan kalau tak kasut,mesti handbag menjadi minat mereka..kadang2 ada yang jadi hobi kumpul handbag..

Bagi Sensasi,handbag memang menjadi aksesori yang menonjolkan lagi penampilah seseorang.

Bukan selebriti Hollywood je yang bergaya dengan pelbagai jenis handbag, selebriti tempatan pun beli handbag beribu jugak..huhu..

Beyonce
Hitmaker ‘Single Ladies’ ini tampil feminin dengan dress bermotifkan flora sambil ‘ditemani’ beg tangan bermotif ular sawa rekaan Jimmy Choo berharga RM 13,000.00++. Mak aihhh!!


Zoe Zaldana
Beg tangan berharga RM8,200.00++ jenama Miu Miu yang diperbuat daripada kulit burung unta ini menjadi pilihan heroin filem “Avatar”.


Jessica Alba
Selesa mengenakan beg tangan jenama Valentino rona coklat + Rockstud berharga RM6,200.00++, pemerhati fesyen tak kisah filem lakonannya kurang hit coz dalam dunia fesyen, Jessica simply amazing!


Kim Kardashian
“I boleh jadi seorang yang trendy dan ada kalanya boleh menjadi seorang sofistikated,” ujar bintang TV, Kim Kardashian ketika bercakap tentang stail fesyennya. Kalau dah trendy & sofistikated, antara beg pilihan Kim pastinya beg tangan rekaan Jimmy Choo bermotif harimau berharga RM8,000.00++!


January Jones
Aktress “X-Men: First Class” ini pula tampil dengan imej Boho + Hippies sambil menyandang beg Hobo berumbai rekaan Versace berharga RM6,000.00++! Makk aihh kalau nak beg yang fesyen macam ni, apakata korang usha Pasar Seni.


Sarah Jessica Parker
Wah kalau Tupai ada beg tangan macam SJP ni, confirm para ‘buaya darat’ yang handsome macam Christiano Ronaldo pun Tupai tak pandang! Green crocodile rock! Always & forever stylista, SJP memakai beg tangan Fendi Silvana diperbuat daripada kulit buaya berharga RM21,000.00++!!


Diane Kruger
Aktres super chic ni pula memilih beg Chanel Mademoiselle berharga lebih kurang RM10,000.00.


Rihanna
Oh na na what’s my name? Kalau dah namanya Rihanna, memang tak ‘Rihanna’ tanpa pilihan beg ‘gah’ signifikan dengan dirinya. Tentu saja beg Givenchy bermotif harimau RM10,000.00++ jadi pilihan ‘sexylicious’ ni.


Nicole Kidman
Beg tangan aktres kelahiran Aussie ni memang satu statement! Sangat2 suka dengan padanan rona beg tangan Prada Madras berharga RM8,000.00 dengan trench coat yang disarung di tubuh Nicole, nak2 lagi rona kulit porselinnya. Sangat2 kontra!


Charlize Theron
Aktres A-list ni tampil ranggi dengan hanya mengenakan jaket kulit, seluar jeans dan beg sandang Prada berharga RM RM6,440.00.


Emma Stone
“Besar & senang nak masuk banyak barang!” Ujar Emma ketika ditanya tentang pilihan beg kegemarannya. Dengan tangan Fendi Chamelon berharga RM7,437.00 disandang kemas di tangannya, Emma ternyata seorang yang telus!

0 komentar:

Poskan Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ