Selasa, 26 Juli 2011

Gambar Zarina Ann Julie bertunang ,dan luahan hati Zarina

Zarina Ann Julie /Zarina Lavocah nie ,lakonan taklah se-gah mana,namun namanya terus dikenali dengan kontroversi yang masih menjadi kudis dalam hidupnya sehingga kini.Bahkan Zarina berasa penat dicemuh dan hairan kenapa hanya dirinya saja yang menjadi cemuhan padahal artis lain pun ramai yang teruk-teruk.


Pun begitu,Zarina kini dahpun bergelar tunangan orang dan akan berkahwin la tak lama lagi..Gambar kat bwh nie adalah gambar yang diambil dari twitter Zarina,dan gambar bersama tunangnya.




Mengenai kontroversi yang berlaku, saya hairan kenapa saya sering dijadikan sasaran untuk dikaitkan dengan perkara negatif. Sedangkan, kalau dilihat banyak lagi artis yang tampil dengan imej seksi, tapi kenapa asyik-asyik saya yang menjadi sasaran kecaman? Ada lagi sesetengah artis yang teruk pergi kelab malam, tapi kenapa media tak nampak mereka? Saya sebenarnya hairan, tak cukup lagikah lima tahun saya asyik kena hentam? Saya sudah minta maaf terhadap apa yang berlaku. Kalau berdiam diri, dikata bersalah pula.

Menurut Zarina, ada rakan artis yang mengutuknya daripada belakang dan dia sangat terharu dengan sokongan peminat-peminatnya yang tak berbelah bahagi.

Saya perhatikan kontroversi yang ditulis ialah kisah lama yang dikorek semula. Saya agak kecewa dengan sesetengah media yang mainkan isu ini kerana menampakkan seolah-olah masyarakat bencikan saya. Sebenarnya, dari pengalaman saya menyertai promosi Jom Heboh dan banyak lagi program, mereka tetap datang mendekati saya tanpa perasaan jelik. Sebenarnya banyak peminat saya terdiri dari kalangan orang kampung. Mereka yang mengikuti twitter saya banyak golongan kakak-kakak, yang bertudung dan berkahwin. Saya tak bermaksud nak kata dunia artis ini teruk. Tapi seperti saya katakan tadi, saya lebih rela jadi diri sendiri dari sesetengah pelakon yang tipu peminat dengan berbuat baik di depan, tapi lain di belakang lain. Saya tak pandai menipu. Namun memang ada sesetengah artis memang baik dan saya hormati mereka. Apa yang buat saya bengang, ada juga rakan artis yang kutuk saya macam-macam sedangkan perangai mereka pun teruk.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ